Pengerusi Persatuan Sasterawan
Numera-Malaysia dan Seminar Internasional Sastera Melayu Islam (SISMI17) 2017,
mengundang Wakil-Wakil Media Pers, sasterawan, akademisi, pemerhati dan artis,
untuk menghadiri Sidang Media Penobatan Tokoh Dunia Numera 2017, pada hari
Khamis 21 September 2017, di Balai Imam Bukhari, Masjid Abdul Rahman Bin Auf,
Jalan Puchong, Kuala Lumpur. Jam 11 waktu Malaysia.
Persatuan Sasterawan Numera (Nusantara Melayu Raya)
Malaysia, sejak mula penubuhannya, telah berkali-kali melaksanakan kegiatan
kesasteraan bertaraf internasional. Hitung saja menerbitkan buku, pembacaan
puisi, seminar dan memberikan reward kepada tokoh-tokoh sastera. Tidak hanya
acara diselenggarakan di dalam Negara Malaysia tapi juga di Negara Indonesia
seperti di Padang, Jakarta, Bandung dan Jogyakarta. Juga sampai ke Negara
Bangladesh.
Sasterawan Negara Dato’
Dr Ahmad Khamal Abdullah, Presiden Numera Malaysia dan Pengerusi Sismi17
menyebutkan bahwa kegiatan sastera Melayu bertujuan, memartabatkan bahasa,
budaya Melayu dan ukhuwah silaturahmi di nusantara untuk dunia.
Numera Malaysia pertamakali tahun 2014 telah menobatkan
Profesor Dr Abdul Hadi WM (Indonesia), Profesor Madya Dr Victor Pogadev
(Russia) dan Dr Shafie Abu Bakar sebagai Tokoh Persuratan Dunia Numera 2014.
Tahun 2015, Numera Malaysia memberikan penghormatan
pertamakali kepada 3 orang tokoh, yang sentiasa dari awal mula tak pernah padam
untuk memberikan sokongan kepada cita-cita Numera Malaysia dalam menegak-kukuhkan
budaya Melayu. Ketiga tokoh yaitu, Tan Sri Mohamad Salim Fatih Din, Tan Sri
Hamad Kama Piah Che’ Othman dan Datuk Dr Awang Sariyan sebagai Tokoh Patria
Numera 2015.
Tahun 2016 Numera kembali menobatkan Tokoh Persuratan Dunia
Numera, dimana Aminur Rahman dari Negara Bangladesh terpilih sebagai Tokoh
Persuratan Dunia Numera 2016.
Bersamaan dengan penobatan Tokoh Persuratan Dunia Numera
2016, Numera Malaysia untuk kali pertama juga menobatkan Tokoh Srikandi 2016
kepada Sastri Bakry dari Indonesia.
SN DATO' DR AHMAD KHAMAL ABDULLAH (KEMALA) PENGERUSI SEMINAR INTERNASIONAL SASTRA MELAYU ISLAM 2017 PRESIDEN PERSATUAN SASTERAWAN NUMERA MALAYSIA PENGERUSI MASJID ABDUL RAHMAN BIN AUF KUALA LUMPUR |
Sejak mula penubuhan Numera Malaysia, tak lepas dari cubaan
dan deraan untuk keberjayaannya. Kerana cubaan demi cubaan, deraan demi deraan,
Numera sampai tahun ini dapat tegak kukuh kerana masih ada mahu personaliti-personaliti
berkomitmen menjayakan Melayu, pada masa diantara tergerus budaya-budaya asing
untuk merubuhkan.
Penuh kegemilangan untuk keberjayaan, pada Sidang Media yang
akan diselenggarakan Khamis 21 September 2017, akan disampaikan kepada public
nama-nama sesiapa yang terima penghormatan Tokoh Dunia Numera 2017.
Numera Malaysia akan menobatkan satu orang Tokoh Persuratan
Dunia Numera 2017. Dua orang Tokoh Patria Numera 2017 dan satu orang Tokoh
Srikandi 2017.
Penobatan Tokoh Numera ini adalah bersempena
diselenggarakannya acara bertaraf internasional yaitu Seminar Sastera Melayu
Islam 2017, pada 28 – 30 September 2017 di Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Kuala
Lumpur.
Tampil sebagai penyampaian Syarahan Utama Prof. Hudan
Hidayat dari Indonesia. Selama dua hari seminar akan membentangkan kertas
kerja. Pembentang kertas kerja, Haji Suratman Markasan (Singapura), Dodo
Widarda (Indonesia), Dr Haji Morsidi Mohamad (Brunei Darussalam), Dr Phaosan
Jahwei (Thailand), Dr Fazilah Husin (Malaysia), Iberamsyah Barbary (Indonesia),
Dr Ahmad Taufiq (Indonesia), Dr Norhatie Ab. Rahman (Malaysia), T.Ahmad Mohamed
(Singapura), Aminur Rahman (Bangladesh) dan Lily Siti Multatuliana (Indonesia).
Berkaitan dengan acara SISMI17 selain pembentangan kertas
kerja, penyair-penyair nusantara dari berbagai Negara akan tampil membacakan
puisi. Juga akan melancarkan buku-buku mereka. Acara diramaikan persembahan dari Grup Muzik Man
Kayan dan Grup Muzik Al-Munzir.
I L Y A K A B L A M Koordinator SISMI17 |
Menggiatkan aktiviti sastra juga menyokong kemajuan
pelancongan. Di hujung acara dilaksanakan kunjungan beberapa destinasi di Kuala
Lumpur yaitu Pasar Seni, Masjid, Muzium, Botanical Garden dan Cruise.
Suatu kehormatan daripada SISMI17, Datuk Seri Raja Nong Chik
bin Dato’ Zainal Abidin akan menyampaikan ucapan sambutannya di masa awal acara dan Ucapan
Perasmian oleh Pengarah Jawi, Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh.
SISMI17 adalah anjuran Persatuan Sasterawan Numera-Masjid
Abdul Rahman bin Auf, disokong DBP (Dewan Bahasa Pustaka) Kuala Lumpur,
e-Sastera Malaysia, MRCB dan UMW Malaysia.
Pengerusi SISMI17, SN Dato’ Dr Ahmad Khamal Abdullah,
Presiden Numera dan Pengerusi Masjid Abdul Rahman bin Auf Kuala Lumpur.
Koordinator SISMI17, Ilya Kablam.
SISMI17 dihadiri sasterawan, akademisi, pemerhati dan artis
dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei Darussalam dan Bangladesh
(*) abrar khairul ikhirma - indonesia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar