Kerana tuan emas
Dipuja bila tiba
Kerana itu tuan bergegas
Menjauh hamba tak sebanding
Kata bermakna
Hamba bersapa tuan
Kita pernah berjumpa kata
Berbual kala suka
Disitu hamba merasa
Kerana tuan emas
Bersepuh kilau kemilau
Berebut jumpakan tuan
Kerana itu hamba tak cemas
Setapak hamba tak hirau
Bersebut nama hamba tak enggan
Kerana tuan emas
Tuan berkekawan perak
Apalah harga tembaga
Apalagi besi berkarat
Kerana itu tuan cemas
Apa kata orang gelak
Berjumpa macam tak da harga
Siapa suka hidup larat
Kerana tuan emas
Tuan meninggi harga
Dalam almari berkunci
Kerana tuan cemas
Budi tuan sengsara
Tuan tampak nak benci
Kerana tuan emas
Tuan elak an rupa tembaga
Mainan perak bawa bersanding
Kerana tuan nak luas
Laut dalam nak diduga
Kail sejengkal bawa berunding
Sudah lama tuan berdiam diri
Tak hendak berbual pada hamba
Pantun sepatah hilang masa
Sudahlah tuan hamba ada diri
Tak hendak pula nak jumpa
Jumpa pun tak beguna
Gunung Jerai tinggi menjulang
Tampak dari Selat Melaka
Lalulah kapal dari Siam
Disapa budak Kedah
Punggung saja tak bersulang
Apalagi diri tampak muka
Malulah asal bersalam
Lebih elokh tak lah
Simpanlah kain cindai
Hari nak bersambut malam
Tutuplah jendela tuan
Angin bertiup dari lautan
Bukan tuan sahaja pandai
Berdiam tak bersahut salam
Hambapun bisa serupa tuan
Tuan dah hamba lupa di ingatan
Budak Johor ambik dedalu
Nak ubat budak Kelantan
Budak Perak berkalung perak
Nak singgah majlis di Ipoh
Kehendak macam tak tahu
Dilihat rupa hilang ingatan
Dibawa gelak tak nak gelak
Disanggah datang tergopoh
Keh keh keh
----
abrar khairul ikhirma
Sintok, Kedah
Ahad 11/09/2016
Tidak ada komentar:
Posting Komentar